#IMPIAN ITU INFINITI
.
KEGAGALAN ITU SALAH SATU PERJALANAN YANG AKAN MEMPROSES DALAM MENUJU SUATU KEJAYAAN.
.
KEJAYAAN INDIVIDU YANG SERING KITA "IDOLAKAN" ATAU SENANTIASA MENJADI INSPIRASI BUKANLAH DTG BERGOLEK SEPERTI YANG KITA JANGKAKAN.
.
Siapa yang tidak kenal dengan Colonel Sanders? Ya, orang yang mencipta resepi ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC). Sebelum jenama beliau terkenal seperti sekarang beliau pernah mencadangkan resepinya kepada ramai pengusaha dan kebanyakkan mereka menolak resepi beliau. Akhirnya beliau bertemu dengan orang yang mempercayai resepi ayam goreng tersebut, maka bermulalah kerjayanya sebagai pengasas ayam goreng Fried Chicken (KFC). Beliau tidak mudah berputus asa, dan bayangkan jika beliau putus asa pasti jenamanya tidak akan terkenal di serata dunia seperti hari ini.
.
TERDAPAT 5 RAHSIA DARI PENGASAS INI YANG BOLEH KITA PELAJARI.
.
1. BELAJAR UNTUK SUKA DENGAN PEKERJAAN ANDA
Pada usia 10 tahun, iaitu pada awal tahun 1900, beliau telah bekerja di sebuah ladang ternakan. Tetapi tidak lama kemudian, beliau telah dipecat disebabkan sedikit masalah yang menganggu kerjanya. Bermula saat itu, Sanders berazam untuk berusaha memuaskan hati majikan barunya, iaitu Henry Monk. Beliau buktikan pada Monk dengan bekerja keras di ladang majikannya itu. Sanders berpegang pada kata-kata Monk iaitu ‘Buat segala apa yang anda boleh dan buat yang terbaik sedaya anda mampu’.
.
2. JANGAN TAKUT UBAH KERJAYA
Sebelum Sanders menjadi Colonel seperti yang kita kenal sekarang, beliau telah melalui pelbagai pengalaman kerja. Beliau sering bertukar kerja antaranya beliau pernah bekerja sebagai buruh, pekerja landasan keretapi, penjual insurans, pengendali feri, obstetik dan bomba keretapi. Kemudian, pada usianya 65 tahun, barulah beliau memulakan franchais KFC. Beliau mengatakan di dalam satu temubual, ‘Jangan berhenti diusia 65, mungkin perahu anda belum berlabuh. Teruskan pencarian sehingga anda menjumpai sesuatu yang anda amat minati. Anda mungkin akan mencipta kejayaan besar dalam bidang tersebut’.
.
3. MENAMBAH NILAI
Cuba anda fikirkan, apa sebenarnya pelanggan mahukan dari produk dan servis anda? Bila anda dapat jawapannya, cuba tambahkan nilai pada produk anda itu. Sebagai contoh, ketika Sanders mengambil alih stesen pam Standard Oil, penduduk tidak mahu membeli minyak dari stesennya. Alasan mereka, Sanders adalah orang baru di kawasan itu. Jadi Sanders perlu fikirkan strategi untuk mengambil hati penduduk di situ. “Saya teringat suatu ketika semasa menjadi penjual tayar, saya berhenti di sebuah stesen mengisi minyak dan mereka memberikan suatu layanan yang tidak pernah dibuat di tempat lain. Mereka membersihkan kaca depan kereta saya. Mudah sahaja,” ujar Sanders.
Sanders mula menambah nilai pada servisnya, iaitu setiap pelanggan yang datang ke stesen minyak, mereka akan dapat servis tambahan mengelap cermin kereta pula. Malah, Sanders juga sediakan servis isikan angin tayar kereta. Strategi tambah nilai ini telah menyebabkan hasil jualan stesen beliau meningkat 3x ganda dan mencatat rekod baru pada saat itu.
.
4. LAKUKAN APA YANG MAMPU DAN LAKUKAN YANG TERBAIK.
Sanders menggunakan kemahiran memasaknya untuk menyediakan makanan panas kepada pelanggan yang datang ke stesen minyaknya. Sanders nampak peluang untuk menyediakan servis menyajikan makanan ini setelah seseorang pemandu lori memberitahunya bahawa tiada restoran makanan yang sedap di kawasan tersebut. Sanders menyediakan sebuah meja dan enam kerusi di ruangan sebelah stesen minyaknya, dan mula memasak masakan panas kepada pelanggan yang lapar. Beliau telah lakukan sesuatu yang ringkas tetapi dengan bersungguh-sungguh.
.
5. Kuasai Ilmu Teknologi Dan Eksperimen
Sanders telah membuat eksperimen baru setelah periuk tekanan (pressure cook) diperkenalkan pada tahun 1939. Beliau membuat percubaan untuk memasak ayam goreng dengan periuk tekanan dan ternyata berjaya. Bermula 1940, beliau telah menyempurnakan resepi rahsia dari 11 ramuan herba dan rempah ratus, dan mampu memasak ayam goreng yang segar hanya dalam tempoh kurang 8 minit. Penggunaan teknologi dan melakukan inovasi ternyata mampu membantu perniagaan beliau.
.
Jangan jadikan umur sebagai batasan untuk berjaya. Kejayaan adalah subjektif. Ia akan datang kepada mereka yang inginkannya. Setiap orang berhak meraih kejayaan mengikut perspektif dan cara masing-masing.
.
.
#int3tree
#i
#bekalkanint3treesetiaphari
#impianituinfiniti

Comments
Post a Comment